GURU UTAMA
TENTANG KAMI
PERTUBUHAN GERAK PANGLIMA MALAYSIA (PGPM) diasaskan oleh GURU UTAMA iaitu YANG MULIA KHALIFAH LAKSEMANA PENDEKAR ENGKU AZMI BIN ENGKU OTHMAN, seorang tokoh silat yang di segani dan berpengalaman luas dalam dunia persilatan tanah air. Penubuhan pertubuhan ini adalah hasil daripada hasrat murni beliau untuk meneruskan warisan seni bela diri bangsa yang diwarisi daripada leluhur dan nenek moyangnya.
Sebelum menubuhkan GERAK PANGLIMA,YM KL PENDEKAR ENGKU AZMI bergiat aktif dalam PERTUBUHAN SENI GAYUNG LAKSAMANA MALAYSIA (PSGLM). Di dalam pertubuhan tersebut beliau memainkan peranan penting dalam membimbing generasi muda ke arah disiplin, jati diri, dan kecintaan terhadap budaya warisan bangsa.
Namun, dengan dorongan yang kuat daripada semangat perjuangan datuk nenek beliau, serta visi untuk memperkenalkan pendekatan silat yang lebih menyeluruh dan berakar kuat dalam nilai-nilai tradisi, beliau telah mengambil langkah berani untuk mengasaskan satu pertubuhan baru iaitu PERTUBUHAN GERAK PANGLIMA (PGP). Pertubuhan ini membawa pendekatan yang unik dan tersendiri dengan penekanan kepada:
*GERAKAN MENGELAK, MENEPIS DAN MENYERANG
*NILAI KEPAHLAWANAN MELAYU YANG TINGGI
*PENGHORMATAN TERHADAP AJARAN DAN AMALAN NENEK MOYANG
Nama ”PERTUBUHAN GERAK PANGLIMA” itu sendiri melambangkan semangat keberanian, kepimpinan dan kebijaksanaan seorang panglima melayu dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air. Ia adalah simbol warisan darah yang mengalir dalam diri pendiri pertubuhan ini.